Advertising
23 Pengadil Malaysia Terima Lencana FIFA 2025
MakanBola
FA Malaysia

23 pengadil Malaysia telah menerima lencana Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk tahun 2025.

Ini bersesuaian dengan status mereka sebagai pengadil FIFA oleh dipilih oleh Panel Pengadil Antarabangsa FIFA untuk tahun ini.

Ad

Mengikut senarai yang diumumkan FIFA, Malaysia memiliki tujuh pengadil (termasuk seorang pengadil wanita) dan 10 penolong pengadil (termasuk dua penolong pengadil wanita).

Ad

Malaysia juga memiliki empat pengadil futsal (termasuk seorang pengadil wanita) dan dua pengadil bola sepak pantai.

Sehubungan dengan itu, penyerahan lencana FIFA diadakan di Wisma FAM, Kelana Jaya. Proses penyerahan disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Dato’ S. Sivasundaram.

Ad

Sebagai tanda simbolik penyerahan lencana, Sivasundaram menyerahkan lencana FIFA kepada Tuan Mohd Yaasin Tuan Mohd Hanafiah, pengadil negara berstatus pengadil FIFA sejak tahun 2020.

Ad

Turut sama menerima lencana FIFA daripada Sivasundaram ialah empat pengadil futsal iaitu Helday Idang, Norafendy Norhayalan, Faiz Jamaluddin dan Atikah Janah serta dua pengadil bola sepak pantai, Amirul Aizat Lodin dan Syahir Shaharul Nizam.

Ad

Nazmi Nasaruddin yang berstatus pengadil FIFA sejak tahun 2016 pula menerima lencana badan induk itu daripada Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Hj Rahman.

Nama Nazmi cukup dikenali di arena bola sepak Asia. Ini kerana beliau berpeluang mengadili beberapa aksi besar termasuk kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia dan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE).

Malah, namanya turut disenaraikan sebagai calon pengadil yang berpotensi mengadili aksi Piala Dunia 2026.