Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Malaysia berdepan saat getir apabila bakal mengharungi ujian di Kelayakan Piala Dunia 2026/2027 pertengahan November ini dengan tiga pemain luar negara menjadi taruhan pasukan.

Advertisements

Skuad kendalian Kim Pan-gon berdepan ujian hebat apabila pasukan ke-96 dunia, Kyrgyzstan bagi aksi pembukaan dengan 25 pemain ke kem latihan pusat bagi skuad negara.

Harimau Malaya mengharungi tempoh yang cemerlang dalam tempoh dua bulan terutamanya di China dan kejohanan Pestabola Merdeka 2023 dengan berjaya mengikat China dan Syria selain membenam pasukan ke-102 dunia, India.

Advertisements

Antara tumpuan adalah apabila ketua jurulatih, Kim Pan-gon membuat keputusan untuk memanggil semula beberapa muka lama seperti Sumareh, Afiq Fazail, Shahrul Saad dan Syahmi Safari.

Tumpuan juga terarah kepada beberapa muka yang beraksi di luar negara yang kekal mendapat kepercayaan barisan kejurulatihan Harimau Malaya.

Advertisements

Kapten pasukan, Dion Cools yang beraksi di Thailand bersama Buriram United kekal menambat hati selain Junior Eldstal (Dewa United) dan Nooa Laine (SJK Seinajoki) berada dalam senarai terkini pasukan.

Ketiga-tiga pemain ini menampilkan aksi cemerlang setiap kali diberi peluang selain berada dalam perancangan Pan-gon pada Pestabola Merdeka tempoh hari.

Malaysia akan berdepan Kyrgyzstan pada 16 November 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sebelum menghadapi Taiwan pada 21 November.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram