3 Import Baharu Sertai Selangor
MakanBola
MFL
Sponsors

3 pemain import baharu memilih untuk menyertai Selangor bagi musim 2024/25.

Wakil tunggal Malaysia dalam saingan AFC Champions League Two (ACL2) ini membawa momentum cemerlang selepas mengumpul 4 mata daripada dua perlawanan.

Ad

Gergasi Merah berjaya mengikat jaguh Thailand, Muangthong United dengan keputusan 1-1 sebelum menewaskan DH Cebu dengan jaringan tunggal Orozco.

Ad

Selangor yang kini dibimbing oleh Nidzam Jamil menerima tiga lagi tonik tambahan untuk menguatkan beberapa posisi penting pasukan.

Pemain kelahiran USA-Jordan, Muhammad Abualnadi menjadi pemain import baharu untuk mengisi posisi pertahanan kiri.

Ad

Tonggak berusia 23 tahun itu pernah beraksi di USA bersama Kansas City dan menjadi rakan sepasukan pemain Malaysia, Wan Kuzain.

Ad

Pemain kedua yang baru melengkapkan perpindahan ke Selangor ialah perancang tengah, Nikola Jambor.

Ad

Tonggak berusia 29 tahun itu pernah beraksi di Belgium, Portugal, Croatia dan terbaru iaitu Arab Saudi bersama Hajer.

Gergasi Merah juga dalam diam telah membawa masuk khidmat penyerang muda Afghanistan, Omid Musawi.

Pemain berusia 23 tahun itu sudah turun beraksi buat Selangor ll dan berpotensi untuk beraksi di Asia sekiranya khidmatnya diperlukan.

Selangor berdepan ujian getir apabila menghadapi tentangan jaguh Korea, Jeonbuk Hyundai bagi aksi ketiga pada 23 Okt 2024 di Stadium MBPJ.

Pasukan Lembah Klang itu juga kini memiliki 11 orang pemain import dengan kesemuanya boleh beraksi di pentas Asia.