3 Kelab Liga Super Diberi Lesen Kebangsaan
MakanBola
MFL

Tiga kelab Liga Super iaitu KL City FC, Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) dan PDRM FC kini boleh menghela nafas lega.

Ini selepas First Instance Body (FIB) memaklumkan ketiga-tiga kelab itu telah menerima Lesen Kebangsaan mereka untuk musim 2025/26.

Sebelum ini, ketiga-tiga kelab diberi lesen secara bersyarat oleh FIB. Mereka turut diberi tempoh sehingga 31 Mei lalu untuk menghantar dokumen kewangan tambahan kepada FIB.

Selepas meneliti semua dokumen yang dikemukakan, FIB berpuas hati dengan semua dokumen yang dikemukakan ketiga-tiga kelab itu.

Ini kerana KL City, Kelantan DN dan PDRM telah memenuhi semua kriteria pematuhan yang telah ditetapkan oleh FIB.

Situasi ini menyaksikan 14 kelab Liga Super akan bersaing untuk musim 2025/26. Ini termasuk juara dan naib juara liga, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC.