Tiga aksi penting bakal menjadi ujian terhebat buat pengendali Selangor, Kim Pan-gon.
Pasukan Selangor mencatatkan prestasi yang cukup memberangsangkan sejak diambil alih oleh jurulatih kelahiran Korea ini dengan memenangi semua perlawanan peringkat domestik pada awal Januari 2026.
The Red Giants bakal memulakan ujian getir ini dengan menentang wakil dari Vietnam, Cong An Ha Noi dalam aksi keempat Shopee Cup musim ini di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada Rabu.
Selain itu, Selangor turut bakal menentang BG Pathum pada perlawanan kelima Shopee Cup pada 4 Februari depan di tempat sendiri.
Ketika ini, Selangor berada di tangga kedua kumpulan A Shopee Cup musim ini dengan 5 mata selepas 3 aksi di belakang wakil dari Singapura, Tampines Rovers.
Gergasi Merah turut mempunyai aksi sukar pada 1 Februari dalam kancah Liga Super apabila dijadualkan akan bertemu Sang Penyu di halaman lawan.
Saat ini, Selangor berada di posisi kedua Liga Super dengan 31 mata selepas 15 aksi di belakang juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT).