Bintang Muda Suwon Samsung Dalam Radar Selangor
MakanBola
Korea PFF

Bintang muda Suwon Samsung, Kim Ji-ho dilaporkan berada dalam radar juara Piala Malaysia 33 kali, Selangor FC.

Wartawan sukan Korea Selatan, Seol Ho-jeong melaporkan pemain berusia 22 tahun itu akan menyertai The Red Giants secara pinjaman sehingga akhir musim ini.

Perpindahan pinjaman menjadi pilihan Ji-ho dan Suwon Samsung susulan persaingan sengit untuk posisi sayap.

Justeru, cadangan perpindahan pinjaman yang dibuat Selangor mendapat maklum balas positif kelab dan bekas pemain remaja Seongnam FC itu.

Sekiranya perpindahan tersebut berjalan lancar, Ji-ho bakal menjadi rekrut terbaru Selangor selepas Mahame Siby dan Hugo Boumous.

Meskipun tersingkir di pentas Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2), Selangor yang dibimbing Kim Pan-gon tetap sibuk bersaing dalam beberapa beberapa pertandingan.

Selain memburu tempat kedua Liga Super, The Red Giants juga masih bersaing di pentas Shopee Cup. Pasukan gergasi Lembah Klang itu juga mengesahkan kemaraan ke suku akhir Piala Malaysia.

Justeru, kehadiran Ji-ho dilihat mampu memberi sokongan tambahan kepada jentera serangan Selangor yang diketuai Chrigor Moraes dan Faisal Halim.