Peminat Selangor didedahkan dengan tempoh kontrak bintang tengah baharu The Red Giants, Hugo Boumous.
Hugo Boumous diperkenalkan selaku rekrut baharu Selangor dalam satu kenyataan pada Isnin lalu bagi menambah sengat di jentera tengah pasukan menjelang baki aksi Liga Malaysia.
Ketibaan Hugo Boumous ke Malaysia hadir bersama reputasi besar apabila tonggak tengah itu pernah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Indian Super League (ISL) di musim 2019–2020.
Ternyata kehadiran Boumous ke Selangor ini boleh dianggap sebagai projek jangka pendek pasukan apabila beliau tiba dengan status selaku pemain pinjaman daripada kelab India, Odisha FC.
Kenyataan oleh pihan kelan Odisha FC dan semakan di laman Transfermarkt mengesahkan Hugo Boumous tiba di Selangor dengan kontrak 6 bulan sehingga berakhirnya musim 2025-2026.
”Hugo Boumous sertai pasukan Selangor FC dari Malaysia secara pinjaman hingga hujung musim,” umum Odisha FC dalam satu kenyataan.
Misi utama Boumous kini adalah untuk membawa Selangor mara jauh dalam saingan Liga Malaysia selain ASEAN Club Championship Shopee Cup yang masih berlangsung ketika ini.
Khidmat Hugo Boumous ini dijangka bakal ditagih Selangor menjelang perlawanan timbal balik kedua pusingan 16 Piala Malaysia bertemu Kelantan The Real Warrior pada Jumaat, 23 Januari 2026.