Transfer

Jurulatih Buriram United Dipecat Selepas 25 Hari

Caneda Buriram United Jurulatih Buriram United Dipecat Selepas 25 Hari
Buriram United

Buriram United mengumumkan perpisahan dengan ketua jurulatih mereka, Raúl Caneda selepas hanya 25 hari mengendalikan kelab gergasi Thailand itu.

Advertisement

Perkara tersebut diumumkan menerusi satu kenyataan rasmi yang dimuat naik di laman media sosial Buriram United pada 25 November 2026.

Dalam kenyataan tersebut, pihak kelab merakamkan penghargaan kepada pengendali dari Sepanyol itu atas khidmatnya sepanjang menggalas tanggungjawab sebagai ketua jurulatih pasukan.

“Kelab Buriram United ingin mengucapkan terima kasih kepada Raúl Caneda atas khidmatnya sebagai ketua jurulatih pasukan Thunder Castle dan mendoakan kejayaan beliau dalam perjalanan kerjaya seterusnya,” menurut kenyataan kelab.

Caneda mula dilantik sebagai pengendali baharu Buriram United pada 31 Oktober 2026 bagi menggantikan Mario Silva yang terlebih dahulu meninggalkan jawatan tersebut.

Bagaimanapun, tempoh khidmatnya bersama kelab itu berakhir selepas hanya 25 hari, sekali gus menyaksikan Buriram United bakal mencari pengendali baharu untuk mengemudi pasukan.

Sepanjang tempoh tersebut, Caneda sempat mengendalikan Buriram dalam empat perlawanan merentasi beberapa pertandingan termasuk Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE), Liga Thailand dan Kejuaraan Kelab ASEAN (Shopee Cup).

Perpisahan ini hadir sehari selepas Buriram United tewas 1-3 kepada Shanghai Port dalam aksi Matchday 5 ACLE 2026/27 pada 24 November lalu.

Secara keseluruhan, Raul Caneda merekodkan satu kemenangan, satu keputusan seri dan dua kekalahan daripada empat perlawanan bersama Buriram United.

Beliau turut menyaksikan anak buahnya menjaringkan tiga gol dan melepaskan lima gol kepada pihak lawan sepanjang tempoh kendaliannya.

Percuma untuk pembacaTnG Money Packet PercumaMenyemak Money Packet...
--baki
Memuatkan...