Transfer

Arkitek Jepun Impi Peluang Bantu Kelantan RW

Yuta Kikuchi Kelantan Red Warrior Pattani FC Arkitek Jepun Impi Peluang Bantu Kelantan RW
Pattani FC

Arkitek Jepun, Yuta Kikuchi berharap dapat menabur bakti bersama pasukan Pantai Timur, Kelantan Red Warrior FC (Kelantan RW FC).

Advertisement

Hasrat itu dizahirkan beliau dalam satu hantaran di Instagram baru-baru ini. Kikuchi melihat peluang beraksi bersama Kelantan RW menentang Pattani FC sebagai satu peluang yang cukup bermakna.

Ini kerana pada hemat pemain tengah berusia 32 tahun itu, ini menunjukkan beliau masih mampu menyumbang selepas lama tidak beraksi.

“Saya tidak mendapat mana-mana pasukan dan saya menghabiskan masa yang lama di Jepun dan ia hari yang sukar yang menamatkan kerjaya bola sepak saya.

“Jika diberi peluang, saya yakin saya masih boleh berjuang. Di tengah-tengah ini, peluang itu saya rebut dengan kebolehan saya.

“Saya akan merangkak dari kosong sekali lagi dengan niat untuk mempunyai peluang terakhir dalam kerjaya bola sepak saya,” katanya.

Kikuchi turut memaklumkan isu sekatan perpindahan Kelantan RW menyukarkan urusan pendaftaran beliau.

Bekas pemain tengah Hougang United itu berharap itu dapat diselesaikan agar beliau dapat membantu Kelantan RW dalam Liga Super.

Kikuchi pantas menunjukkan impak segera dengan menyumbat gol pendahuluan buat Kelantan RW ketika menentang Pattani. Pasukan pelawat kemudiannya memenangi aksi persahabatan itu menerusi penentuan penalti.

Percuma untuk pembacaTnG Money Packet PercumaMenyemak Money Packet...
--baki
Memuatkan...