Transfer

KL City Bakal Bebas Sekatan FIFA

Kuala Lumpur City FC 1 1 KL City Bakal Bebas Sekatan FIFA
Kuala Lumpur City FC

Penyokong Kuala Lumpur City FC (KL City FC) bakal menerima khabar gembira.

Advertisement

Sebelum ini, bekas juara Piala Malaysia edisi 2021 itu berdepan sekatan perpindahan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sejak Oktober lalu.

Ini disebabkan kelab itu belum melunaskan tuntutan bayaran yang dibuat bekas penyerang Filipina, Patrick Reichelt. Pengerusi KL City, Syed Yazid Syed Omar kemudiannya memaklumkan kelab itu sedia melunaskan bayaran tersebut.

Kini, wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi melaporkan kelab Lembah Klang itu sudah selesai melunaskan bayaran tersebut.

“Difahamkan Kuala Lumpur City telah melunaskan sepenuhnya tuntutan bayaran daripada bekas pemain import, Patrick Reichelt berjumlah RM10,470.00 pada petang Sabtu.

“KL City kini hanya menanti pelepasan daripada FIFA yang dijangka selewat-lewatnya minggu depan,” katanya di X.

Berita ini dilihat bakal memberi kelegaan kepada KL City terutama menjelang tetingkap perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga M) yang akan dibuka pada Januari 2027.

Ini kerana ini akan membantu pasukan itu mendapatkan pemain baharu tanpa sebarang masalah apabila tetingkap perpindahan kedua dibuka nanti.