Transfer

Rodrigo Holgado Nafi Sertai Gergasi Liga Malaysia

Holgado Malaysia NT 2 Rodrigo Holgado Nafi Sertai Gergasi Liga Malaysia
Malaysia NT

Penyerang kelahiran Argentina, Rodrigo Holgado menafikan spekulasi yang mengaitkan dirinya dengan perpindahan ke salah sebuah kelab gergasi Liga Malaysia.

Advertisement

Perkara itu dijelaskan sendiri oleh pemain berusia 31 tahun tersebut menerusi satu hantaran di Instagram Story susulan namanya dikaitkan dengan perpindahan ke Liga Malaysia oleh sebuah media tempatan.

Holgado secara ringkas menepis spekulasi berkenaan sambil memaklumkan bahawa beliau sedang menuju ke destinasi lain.

“Haha, tidak benar. Saya sedang terbang ke tempat lain,” tulis Holgado menerusi hantaran tersebut.

Penafian ini timbul selepas laporan media tempatan mencetuskan spekulasi mengenai kemungkinan seorang lagi pemain warisan yang sudah bebas daripada penggantungan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menyertai Liga Malaysia.

Nama Holgado antara yang diperkatakan susulan status kontraknya bersama kelab Chile, Coquimbo Unido yang bakal berakhir pada penghujung Disember 2026.

Bagaimanapun, penafian terbaharu daripada Holgado itu sekali gus menepis spekulasi mengenai perpindahannya ke Liga Malaysia.

Instastory Holgado Rodrigo Holgado Nafi Sertai Gergasi Liga Malaysia
Instagram @rodrigoholgado

Untuk rekod, Rodrigo Holgado sebelum ini dilaporkan semakin hampir menyertai DPMM FC selepas kelab Brunei itu mengesahkan perkembangan berkenaan menerusi kenyataan rasmi pada 24 Oktober lalu.

DPMM FC turut menyifatkan penyerang berusia 31 tahun itu sebagai penjaring prolifik, namun setakat laporan berkenaan diterbitkan, belum ada pengumuman rasmi mengenai pemeteraian kontrak antara kedua-dua pihak.