Transfer

Bruno Fernandes Tolak Kekal Di Manchester United

Fernandes Manchester United 1 Bruno Fernandes Tolak Kekal Di Manchester United
Manchester United
Advertisements

Kapten Manchester United, Bruno Fernandes dilihat tidak mahu kekal bersama kelab itu.

Sky Sports melaporkan pemain tengah berusia 32 tahun itu telah menolak tawaran kontrak baharu United buat kali kedua.

Sebelum ini, The Red Devils membuat tawaran sama kepada Fernandes pada musim panas lalu. Walau bagaimanapun, tawaran itu turut ditolak.

Fernandes memiliki kontrak dengan United sehingga penghujung musim 2026/27. Meskipun begitu, kelab memiliki pilihan untuk mengaktifkan klausa sambungan kontrak selama setahun.

Pilihan itu boleh diambil sekiranya United tidak mahu Fernandes memeterai perjanjian prakontrak dengan mana-mana kelab pada Januari 2027.

Januari 2027 menyaksikan arkitek Portugal itu boleh berunding dengan mana-mana kelab asing bagi mendapatkan perjanjian prakontrak.

Situasi ini dijangka menambah kerumitan di Old Trafford terutama selepas kelab memilih berpisah dengan pengurus, Michael Carrick.

Bekas pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino dilaporkan semakin hampir untuk dinamakan sebagai pengganti tetap legenda United itu.