EPL

Manchester United Pecat Michael Carrick

Carrick Manchester United 4 Manchester United Pecat Michael Carrick
Manchester United
Advertisements

Manchester United sah memecat pengurus pasukan itu, Michael Carrick.

Keputusan pemecatan itu dikongsikan wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano menerusi satu hantaran di X.

United mengambil langkah tersebut selepas kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu kini menghuni zon penyingkiran liga dengan lapan mata.

Carrick dibawa masuk sebagai pengurus interim pada separuh kedua musim lalu selepas Ruben Amorim dipecat.

Beliau membantu United menamatkan musim 2025/26 di tangga ketiga liga. Ini sekali gus melayakkan kelab itu ke Liga Juara-Juara UEFA (UCL).

Hal ini mendorong pengurusan United mengekalkan Carrick sebagai pengganti tetap Amorim dengan kontrak selama dua tahun dengan pilihan tambahan setahun.

Meskipun begitu, prestasi tersebut gagal dikekalkan pada musim ini. United hanya menang sekali, seri lima kali dan tewas empat kali.

Ini termasuk kekalahan di tangan musuh setempat, Manchester City dan Bournemouth. Terbaru, pasukan itu bangkit dari ketinggalan sebelum mengikat Aston Villa 4-4.

United dilaporkan sudah mempunyai calon pengganti Carrick iaitu jurulatih Amerika Syarikat (US), Mauricio Pochettino.

Portal The Athletic melaporkan The Red Devils semakin hampir mendapatkan bekas pengurus Tottenham Hotspur itu untuk mengisi kerusi panas Old Trafford.