FAM

FAM Ucap Tahniah Kepada Presiden AFF

Web 20261115 234403 0000 FAM Ucap Tahniah Kepada Presiden AFF
FAM

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengucapkan tahniah kepada Major Jeneral Khiev Sameth selepas beliau dipilih semula sebagai Presiden Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) bagi penggal ketiga berturut-turut, melibatkan tempoh 2026 hingga 2030.

Advertisement

Pemilihan semula itu berlangsung pada Kongres dan Pemilihan AFF di Manila, sekali gus menyaksikan Khiev Sameth meneruskan kepimpinannya dalam badan induk bola sepak Asia Tenggara yang telah diterajuinya sejak 2019.

FAM yang kini dipimpin Presiden baharu, Datuk Ab Ghani Hassan, turut menyatakan sokongan terhadap pelantikan semula tersebut menerusi satu kenyataan rasmi.

Menurut FAM, pemilihan semula itu mencerminkan keyakinan dan kepercayaan terhadap kepimpinan Khiev Sameth serta komitmen berterusannya dalam memacu pembangunan dan kemajuan bola sepak di rantau ASEAN.

FAM turut berharap kerjasama erat antara persatuan bola sepak anggota AFF dapat terus diperkukuhkan bagi memastikan pembangunan bola sepak serantau terus berkembang.

Untuk rekod, Khiev Sameth yang juga Presiden Persekutuan Bola Sepak Kemboja (FFC) turut menganggotai Jawatankuasa Masa Depan Bola Sepak FIFA serta Lembaga Pemegang Amanah Dream Asia Foundation di bawah Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).