FAM

Sanusi Kekal Presiden KFA

Sanusi Kedah FA 1 Sanusi Kekal Presiden KFA
Kedah FA
Advertisements

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Mohd Nor kekal menerajui Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) untuk penggal 2026-2030.

Ini berdasarkan keputusan sesi pemilihan Jawatankuasa Eksekutif KFA yang baharu bagi penggal 2026–2030 yang berlangsung pada Isnin.

Sesi pemilihan ini merupakan sebahagian daripada Kongres Tahunan KFA Kali Ke-51 yang diadakan di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Darul Aman.

Sanusi menang tanpa bertanding untuk jawatan Presiden KFA. Legenda Kedah, Radhi Mat Din juga kekal sebagai Timbalan Presiden KFA selepas menang tanpa bertanding.

Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Kedah (PBMK), Datuk Zuraidi Rahim terpilih untuk jawatan Naib Presiden KFA. Beliau disertai Datuk Kamil Din dan Dato’ Syed Yussof Syed Othman.