FAM

Scott O’Donell Bakal Tinggalkan FAM?

ODonell FA Malaysia Scott O'Donell Bakal Tinggalkan FAM?
FA Malaysia
Advertisements

Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Scott O’Donell dilaporkan bakal meninggalkan badan induk itu.

Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam melaporkan figura berusia 59 tahun itu bakal meninggalkan FAM apabila kontraknya berakhir pada Disember ini.

“Scott O’Donnell bakal tinggalkan FAM, difahamkan kontraknya yang berakhir Disember ini tidak akan dilanjutkan selepas empat tahun bersama badan induk itu sejak 2022,” katanya di Threads.

O’Donell menyertai badan induk itu pada 2022. Beliau dibawa masuk sebagai pengganti Datuk Ong Kim Swee yang memikul tugas itu dari 2020 hingga 2022.

Kim Swee yang kini memikul tugas Pengarah Teknikal Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) dijangka kembali sebagai Pengarah Teknikal FAM buat kali kedua.

Nama bekas jurulatih Sabah FC itu kembali menjadi tumpuan susulan kejayaan skuad muda negara di peringkat antarabangsa.

Skuad Malaysia B-16 muncul naib juara Kejuaraan B-17 ASEAN. Skuad Malaysia B-19 pula layak ke Piala Asia B-20 tanpa merekodkan sebarang kekalahan.