Malaysia mengesahkan slot ke Piala Asia B-20 2027 di China dengan penuh dramatik.
Kemenangan tipis 2-1 Malaysia ke atas Laos dalam aksi terakhir Kelayakan Piala Asia B-20 pada Ahad memastikan tiket buat pasukan muda negara ke kejohanan benua tersebut selaku salah satu daripada 7 naib juara kumpulan terbaik.
Haziq Aziz membuka tirai jaringan seawal minit ke-7 menerusi hantaran lintang yang terus menerjah ke jaring Laos sebelum tuan rumah kembali menyamakan kedudukan hasil gol daripada Odin Siphanit selepas sejam aksi berlangsung.
Penyerang muda negara, Fadhlul Hadi sekali lagi mencetak jaringan buat Malaysia B-19 selepas menyambar umpanan cantik dari rakan sepasukan sekali gus menembusi gawang Laos yang buat kali kedua pada perlawanan ini.
Malaysia B-19 menutup kempen kelayakan di Vientiane dengan menduduki tanga kedua Kumpulan H selepas meraih 5 mata hasil satu kemenangan dan dua keputusan seri yang dicatatkan ketika berdepan Australia dan Indonesia sebelum ini.
Dengan kutipan dua mata ini (kemenangan ke atas Laos tidak diambil kira), pasukan muda negara yang dikendalikan oleh Shukor Adan tetap berupaya mengekalkan tempat sebagai naib juara terbaik bersama enam buah negara yang lain.
Malaysia dan Indonesia bakal menjadi wakil dari Kumpulan H yang berjaya melangkah ke Piala Asia B-20 tahun hadapan setelah pasukan Garuda Muda ini tampil cukup dominan membenam cabaran Australia 2-0 dalam satu lagi aksi.