F1 GP Bahrain: Ini Kedudukan Petak Permulaan 22 Pelumba
UltraSukan
Formula 1

Dua bekas juara dunia, Max Verstappen dan Sir Lewis Hamilton mengetuai barisan pelumba Formula 1 (F1) yang akan bersaing dalam Grand Prix (GP) Bahrain di Sepang.

Verstappen dan Hamilton masing-masing meraih petak pertama dan kedua selepas sesi kelayakan yang berlangsung pada Sabtu.

Rakan sepasukan Verstappen dari Red Bull, Isack Hadjar menamatkan sesi kelayakan di tempat ketiga. Meskipun begitu, beliau akan memulakan perlumbaan di petak kelapan kerana dikenakan penalti lima tempat.

Ini membuka ruang kepada pelumba Mercedes dan pendahulu keseluruhan F1 ketika ini, Kimi Antonelli menduduki tempat ketiga. Beliau akan dicabar rakan sepasukan Hamilton dari Ferrari, Charles Leclerc.

Juara bertahan dan pelumba McLaren, Lando Norris akan bermula di petak kelima dengan Oscar Piastri di tempat keenam. Rakan sepasukan Antonelli, George Russell akan memulakan perlumbaan di petak ketujuh.

Pelumba Alpine, Pierre Gasly dan pelumba Brazil dari Audi, Gabriel Bortoletto akan menemani Hadjar selepas meraih petak kesembilan dan ke-10. Jaguh Racing Bulls, Liam Lawson dan legenda Sepanyol, Fernando Alonso masing-masing bermula di petak ke-11 dan ke-12.

Pelumba Williams, Carlos Sainz dan rakan sepasukan Alonso dari Aston Martin, Lance Stroll meraih petak ke-13 dan ke-14. Pelumba veteran Jerman, Nico Hulkenberg membawa cabaran Audi di tempat ke-15.

Dua pelumba Haas, Ollie Bearman dan Esteban Ocon masing-masing akan memulakan perlumbaan di petak ke-16 dan ke-17. Pelumba berdarah British-Thailand, Alex Albon pula akan bermula di petak ke-18.

Dua jaguh veteran yang mewakili Cadillac, Sergio Perez dan Valterri Bottas bermula di petak ke-19 dan ke-20. Franco Colapinto dan Arvin Lindblad melengkapkan senarai 22 pelumba dengan bermula di petak ke-21 dan 22.