UltraSukan

“Johan Ghazali Lebih Hebat Berbanding Ramadan”

Johan Ghazali ONE Championship 1 “Johan Ghazali Lebih Hebat Berbanding Ramadan”
ONE Championship

Jaguh Muay Thai Jepun, Shimon Yoshinari melabel jaguh Muay Thai Malaysia, Johan Ghazali lebih hebat berbanding lawannya dari Lubnan, Ramadan Ondash.

Advertisement

Pandangan itu disuarakan jaguh berusia 22 tahun itu apabila ditanya siapa lawan yang lebih sukar membabitkan kedua-dua jaguh berkenaan.

Yoshinari menyifatkan kedua-dua jaguh cukup seimbang bila bertarung dalam gelanggang. Pada masa sama, beliau melihat Johan lebih hebat dari segi tumbukan.

“Mereka berdua merupakan lawan sukar bila ditentang. Tetapi dari segi tumbukan, Jojo (nama panggilan Johan) lebih bagus,” katanya seperti dilaporkan Muay Thai Echo.

Yoshinari cukup masak dengan Johan dan Ramadan. Beliau pernah menewaskan jaguh berusia 19 tahun itu dalam ONE Samurai 1 pada April lalu.

Ramadan pula merupakan lawannya untuk suku akhir ONE Flyweight Muay Thai World Grand Prix 2026-2027. Jaguh Lubnan itu kemudiannya tewas kepada Yoshinari dalam aksi berkenaan.

Jaguh Jepun itu bakal menentang legenda Thailand, Nong-O Hama di peringkat separuh akhir.

Percuma untuk pembacaTnG Money Packet PercumaMenyemak Money Packet...
--baki
Memuatkan...