Jaguh Muay Thai Malaysia, Johan Ghazali mencabar jaguh Russia, Rustam Yunusov untuk kembali bersemuka dalam gelanggang.
Cabaran itu dibuat jaguh berusia 19 tahun itu susulan kenyataan Yunusov terhadap dirinya baru-baru ini.
Jaguh berusia 19 tahun itu mendakwa beliau tidak berminat menentang Johan atas alasan jaguh kelahiran Sarawak itu kini lebih dikenali sebagai selebriti.
Susulan itu, jaguh yang mesra disapa Jojo itu bukan saja tidak ambil pusing dengan kenyataan Yunusov. Malah, Johan sedia berentap dengan jaguh Russia itu jika itu yang dimahukannya.
“Rustam, anda telah menyeru untuk (mendapatkan) pertarungan ini untuk beberapa ketika.
“Jika peminat mahu melihatnya, saya tiada masalah. Mari kita lakukan dan saya akan tewaskan anda sekali lagi seperti mana yang saya lakukan sebelumnya.
“Kemudian, saya akan buat satu filem tentang pertarungan itu,” katanya seperti dilaporkan ONEFC.
Johan kini sibuk membuat persiapan untuk pertarungan menentang Johan Estupinan pada Disember ini.


