UltraSukan

Johan Ghazali Dedah Takkan Lawan Individu Ini Sampai Bila-Bila

Instagram Johan Ghazali 4 Johan Ghazali Dedah Takkan Lawan Individu Ini Sampai Bila-Bila
Instagram/Johan Ghazali
Advertisements

Jaguh Muay Thai Malaysia, Johan Ghazali sedia berdepan sesiapa saja dalam ONE Championship kecuali mentornya, Nong-O Hama.

Perkara ini dinyatakan beliau dalam satu video yang dikongsikan ONE Championship baru-baru ini.

Johan yang mesra disapa Jojo bersedia menentang mana-mana lawan dalam gelanggang kecuali Nong-O.

“Dalam saingan World Grand Prix, jika ada orang menarik diri (daripada pertarungan), saya sedia. Saya sentiasa bersedia (untuk bertarung).

“Kecuali Nong-O, ya? Itu had saya. Tapi untuk orang lain, saya bersedia. Mari kita berseronok. Telefon saya sentiasa aktif jadi hubungilah saya,” katanya.

Nong-O merupakan mentor dan jurulatih kepada Johan sepanjang bergelar jaguh Muay Thai. Selain itu, beliau juga sentiasa berada di sisi jaguh berusia 19 tahun itu termasuk memberi nasihat di tepi gelanggang.

Nong-O bakal berentap dengan seorang lagi legenda Muay Thai, Rodtang Jitmuangnon dalam aksi suku akhir ONE Flyweight Muay Thai World Grand Prix. Pertarungan itu akan berlangsung dalam ONE: The Inner Circle 38.

Johan pula bersiap sedia untuk pertarungan menentang Johan Estupinan pada Disember ini.