UltraSukan

Skuad Sepak Takraw Malaysia Terima Khabar Gembira

Malaysia Persekutuan Sepaktakraw Malaysia 1 Skuad Sepak Takraw Malaysia Terima Khabar Gembira
Persekutuan Sepaktakraw Malaysia
Advertisements

Kem sepak takraw Malaysia menerima khabar gembira pada Rabu.

Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari mengumumkan peningkatan ganjaran ganjaran Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) bagi setiap atlet pemenang pingat emas acara berpasukan di temasya Sukan Asia, Sukan Para Asia dan Sukan Komanwel 2026.

Perubahan ini menyaksikan mereka kini menerima ganjaran berjumlah RM40,000 berbanding jumlah sebelumnya sebanyak RM15,000. Hal ini menyaksikan kenaikan sebanyak 166.67%.

Penambahbaikan ini telah dipersetujui oleh Mesyuarat Lembaga Pengurusan MSN pada 10 November lalu.

Perubahan ini menyaksikan ganjaran setiap atlet pemenang pingat perak acara berpasukan dinaikkan daripada RM8,000 kepada RM20,000. Pemenang pingat gangsa pula menerima kenaikan daripada RM4,000 kepada RM10,000 seorang.

Kadar baharu ini terpakai kepada semua pasukan tanpa mengira bilangan atlet. Ini merupakan kenaikan pertama kadar ganjaran acara berpasukan dalam tempoh 24 tahun sejak ditetapkan pada tahun 2002.

Taufiq melihat penambahbaikan ini sebagai tanda penghargaan kerajaan kepada atlet acara berpasukan yang telah mengharumkan nama negara sepanjang tahun 2026.

Susulan itu, skuad sepak takraw negara kini menerima ganjaran RM40,000 setiap seorang untuk pencapaian pingat emas acara regu berpasukan di Sukan Asia 2026.

Barisan pemain yang meraih pingat emas acara regu pula bakal mendapat RM20,000.

Usaha menambahbaik ganjaran SHAKAM mula menarik perhatian susulan luahan tekong negara, Syahir Rosdi berhubung nilai ganjaran yang diterima atlet acara berpasukan.

Hal ini mendorong ramai pihak menyeru kerajaan menambah baik skim ganjaran tersebut. Seruan itu dibuat bertujuan memastikan semua atlet menerima ganjaran lebih baik dan saksama.