UltraSukan

JDT Basketball Atasi Penang, Reaksi Tunku Ismail Curi Perhatian

Johor Southern Tigers BC JDT Basketball Atasi Penang, Reaksi Tunku Ismail Curi Perhatian
Johor Southern Tigers BC
Advertisements

JDT Basketball Club mula menunjukkan prestasi mantap apabila menewaskan Penang Sunrise Youngster dalam aksi pertama Major Basketball League (MBL).

JDT Basketball Club menunjukkan permainan mantap sebelum merekodkan kemenangan dengan keputusan 96-72.

Tonggak import, William Brown pula dipilih sebagai pemain terbaik pasukan. Beliau merekodkan 15 mata dan dua bantuan sepanjang perlawanan.

Apa yang menarik, kemenangan JDT Basketball Club turut menarik perhatian DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.

Baginda hanya meninggalkan komen dalam bentuk simbol buku lima, dua hati berwarna merah dan biru serta pingat. Ini menunjukkan Tunku Ismail gembira dengan kejayaan JDT Basketball Club.

Arena sukan bola keranjang menjadi arena sukan terbaru yang diceburi Johor Darul Ta’zim (JDT). Ini memperlihatkan JDT mengikut jejak kelab-kelab Eropah seperti Barcelona untuk menjadi kelab pelbagai acara sukan.