Liga Super

JDT Ikut ‘Jejak’ Barcelona

Logo JDT JST JDT Ikut ‘Jejak’ Barcelona
Johor Southern Tigers
Advertisements

Johor Darul Ta’zim (JDT) dilihat mengikut jejak kelab-kelab Eropah yang menceburi pelbagai jenis sukan.

Perkara ini disedari bekas editor Astro Arena, Lee Seng Foo apabila meneliti siri berita membabitkan pasukan gergasi selatan tanah air itu.

Selepas menceburi dunia berbasikal trek menerusi pasukan JDT Track Cycling Team, Harimau Selatan kini menceburi dunia bola keranjang.

Ini direalisasikan menerusi pengumuman pasukan Major Basketball League, Johor Southern Tigers. Pasukan itu kini dikenali sebagai JDT Basketball Club.

Seng Foo melihat JDT mengikut jejak pasukan-pasukan gergasi Eropah yang menceburi sukan-sukan berbeza seperti Barcelona, Real Madrid, Olympiacos, Benfica dan Fenerbahce.

“Beberapa minggu yang sibuk buat JDT. Selepas menambah sukan berbasikal, kini mereka telah membawa sebuah pasukan daripada Major Basketball League ke bawah naungan mereka.

“Menerusi sukan bola sepak, futsal, sukan permotoran, polo, tinju, hoki ais dan e-sukan, mereka kini berkembang menjadi sebuah kelab pelbagai acara sukan seperti Barcelona, ​​Olympiacos dan Benfica,” katanya di X.

Kecemerlangan JDT dalam sukan bola sepak selama lebih sedekad diteruskan dalam arena sukan lain.

Misalnya, saingan permotoran menyaksikan JDT Racing Team menggondol kejuaraan berpasukan keseluruhan Asia Road Racing Championship (ARRC) dalam kategori Asian Superbike 1000 (ASB1000) musim 2026.

Pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah pula mengungguli kejuaraan pelumba ASB1000 untuk dua tahun berturut-turut.