UltraSukan

JDT Basketball Club – Era Baharu Di Johor Kini Bermula

Johor Southern Tigers BC 1 JDT Basketball Club - Era Baharu Di Johor Kini Bermula
Johor Southern Tigers BC
Advertisements

Sukan bola keranjang menjadi arena sukan terbaru yang diceburi Johor Darul Ta’zim (JDT).

Sebelum ini, khabar angin mula bertiup kencang di media sosial bahawa JDT bakal menyertai arena bola keranjang.

Kini, kelab Johor Southern Tigers Basketball Club mengesahkan bahawa kelab itu memasuki era baharu dan kini dikenali sebagai JDT Basketball Club.

“Babak baharu. Bangga menjadi sebahagian daripada JDT,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Pengurusan kelab turut memuat naik siri foto yang menunjukkan pemain dan staf kejurulatihan memakai jersi dan baju yang memaparkan logo JDT.

Perubahan ini dilihat signifikan menjelang saingan Major Basketball League untuk musim 2026-27. Pasukan itu turut membawa masuk tonggak import baharu, Perry Jones III.

Jenama JDT semakin dikenali apabila menceburi sukan-sukan lain seperti futsal, permotoran, tinju, bola jaring dan hoki ais.