Dua tonggak Selangor FC tersenarai dalam Pasukan Terbaik Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) musim 2026.
Dua pemain tersebut ialah Syahir Iqbal Khan Akbar Khan dan Marlon Oliveira. Mereka menyertai dua bintang Pahang Rangers FC dalam pasukan sama iaitu Felipe de Souza dan Afiq Abdul Rahman.
Tonggak skuad futsal Terengganu, Alif Mat Amin turut tersenarai dalam pasukan terbaik musim ini. Jurulatih Selangor, Edgar Baldasso dipilih sebagai jurulatih pasukan tersebut.
Kehadiran Syahir, Oliveira, de Souza dan Afiq sudah dijangka memandangkan mereka menerima anugerah individu selepas aksi final MPFL 2026.
Oliveira dan de Souza masing-masing berstatus Pemain Terbaik dan Penjaring Terbanyak MPFL musim 2026.
Syahir pula dipilih sebagai Pemain Terbaik Perlawanan untuk aksi final kedua MPFL. Afiq tersearai kerana dipilih sebagai Penjaga Gol Terbaik musim 2026.


