Bola Sepak Wanita

Indonesia Lantik Jurulatih Baharu Dari Australia

Stajcic AFC Indonesia Lantik Jurulatih Baharu Dari Australia
AFC
Advertisements

Selepas memilih berpisah dengan jurulatih Jepun, Satoru Mochizuki, Indonesia segera membawa masuk pengganti beliau untuk skuad wanita negara itu.

SEAsia Goal melaporkan Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) melantik jurulatih Australia, Alen Stajcic untuk mengisi kerusi panas berkenaan.

Jurulatih berusia 53 tahun itu cukup dikenali dalam arena bola sepak wanita antarabangsa. Ini kerana Stajcic pernah membimbing Australia, skuad wanita Sydney FC dan Filipina.

Bekas jurulatih Western Sydney Wanderers itu bertanggungjawab membawa Filipina layak ke Piala Dunia 2023. Stajcic turut membimbing pasukan itu muncul juara AFF Women’s Championship 2022.

Semasa bersama Australia pula, beliau membawa pasukan itu layak ke Sukan Olimpik 2016, kali pertama dalam tempoh 12 tahun.

Stajcic turut membimbing The Matildas muncul naib juara Piala Asia Wanita 2014 dan 2018.