UltraSukan

“Saya Tak Nak Lawan Pelakon Seperti Johan Ghazali”

Johan Ghazali ONE Championship 2 “Saya Tak Nak Lawan Pelakon Seperti Johan Ghazali”
ONE Championship
Advertisements

Seorang jaguh Muay Thai Russia memaklumkan beliau tidak berminat menentang jaguh negara, Johan Ghazali.

Kenyataan itu dilaungkan Rustam Yunusov dalam satu temu bual bersama ONE FC baru-baru ini.

Yunusov menyifatkan jaguh berusia 19 tahun itu bukan jaguh Muay Thai sebenar di dalam gelanggang tetapi hanya selebriti.

“Apa yang saya boleh katakan tentang Johan – saya tak boleh cakap apa-apa sebab saya tak nak lawan dengan pelakon.

“Saya cuma nak lawan dengan jaguh. Johan kena buat filem pasal filem Malaysia,” katanya.

Johan kemudiannya memberi maklum balas berhubung komen jaguh Russia itu. “Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih banyak-banyak (atas pujian).

“Bukan mudah ada rupa macam saya. Bukan mudah jadi kaya macam saya. Bukan mudah ada pengaruh macam saya. Jadi, saya anggap itu sebagai pujian,” katanya.

Johan kemudiannya melemparkan cabaran kepada Yusunov jika beliau mahu berentap dengan dirinya dalam gelanggang buat kali keempat.

Yusunov bukan asing buat jaguh yang mesra disapa Jojo itu. Ini kerana Johan pernah menumbangkan jaguh Russia itu dalam IFMA World Youth Muay Thai Championships pada 2022.

Johan kini fokus untuk aksi pertarungan seterusnya menentang Johan Estupinan pada Disember ini.