JDT Juara Piala Belia Kali Ke-3 Berturut-turut
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) muncul juara Piala Belia buat tahun ketiga berturut-turut.

Pencapaian itu dikongsikan pengurusan Harimau Selatan menerusi satu kenyataan di Johor Southern Tigers. JDT IV muncul juara selepas semua keputusan perlawanan Piala Belia pada minggu ini memihak kepada pasukan itu.

Hal ini membolehkan JDT IV sukar dicabar di persada liga dengan 52 mata dengan baki dua perlawanan. Pencabar terdekat, Akademi Mokhtar Dahari (AMD) A pula memiliki 44 mata.

Jika AMD A menang baki dua perlawanan terakhir Piala Belia, itu tidak cukup untuk memintas anak buah Juan Alejando Jimenez Lombarte itu.

JDT V turut merekodkan pencapaian apabila menduduki tempat kelima liga dengan 35 mata. Pasukan itu masih berpeluang menamatkan musim di tangga ketiga dengan syarat memenangi baki dua aksi.

Selain itu, JDT V juga perlu berharap keputusan baki dua aksi tidak memihak dua pasukan yang berada di atas mereka, Selangor FC dan Terengganu FC Bawah 18 Tahun (B-18).

Selangor pula berpeluang menamatkan musim sebagai naib juara dengan syarat menang baki dua perlawanan dan keputusan tidak memihak kepada AMD A.

Pencapaian terbaru ini menyaksikan akademi JDT sudah meraih 63 trofi.