Transfer

Pemain Warisan Malaysia Sudah Jumpa Kelab Baharu

Robinson Aldershot Town FC Pemain Warisan Malaysia Sudah Jumpa Kelab Baharu
Aldershot Town FC
Advertisements

Pemain pertahanan berdarah Malaysia-England, Josh Robinson kini sudah menemui kelab baharu.

Robinson kini menjadi rekrut terbaru kelab National League (divisyen lima England), Aldershot Town. Perpindahan pemain berusia 21 tahun itu diumumkan kelab itu pada 6 November lalu.

“Kelab Bola Sepak Aldershot Town dengan sukacitanya mengumumkan perpindahan tetap Josh Robinson yang berusia 21 tahun.

“Josh telah beraksi menentang pasukan Ipswich Bawah 21 Tahun (B-21) pada petang Selasa dalam saingan National League Cup dan telah dimasukkan ke dalam skuad tepat pada masanya untuk perlawanan esok,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Sekiranya semua berjalan lancar, Robinson berpeluang membuat penampilan pertama dalam aksi pusingan pertama The Emirates FA Cup menentang Barnsley.

Pengurus Aldershot, Scott Davies memaklumkan bekas pemain remaja Arsenal itu dibawa masuk sebagai sokongan kepada pemain pertahanan, Michee Efete.

Perpindahan ini sekaligus menamatkan pencarian kelab baharu Robinson selepas meninggalkan Kidderminster Harriers pada musim panas lalu.