Transfer

Selepas Harimau Malaya, Hajime Moriyasu Dikaitkan Ke Korea

Moriyasu Japan FA 4 Selepas Harimau Malaya, Hajime Moriyasu Dikaitkan Ke Korea
Japan FA
Advertisements

Selepas dikaitkan dengan kerusi panas Harimau Malaya, jurulatih Jepun, Hajime Moriyasu kini dikaitkan dengan saingan liga Korea Selatan.

Football Tribe Japan melaporkan khabar angin itu timbul susulan laporan media Korea Selatan yang melihat Moriyasu tidak akan berdepan masalah membimbing kelab K-League.

Mereka percaya perkara itu boleh direalisasikan jika mana-mana kelab berjaya mencapai persetujuan dengan beliau dari segi gaji.

Malah, Moriyasu pernah memberi bayangan pada September lalu bahawa beliau mahu kembali membimbing kelab selepas meninggalkan Samurai Biru. Jika ada tawaran menarik, jurulatih berusia 58 tahun itu mahu memikirkannya terlebih dahulu.

Meskipun begitu, seorang pegawai kelab Korea yang tidak mahu dikenali memaklumkan isu gaji bakal menjadi halangan untuk mendapatkan khidmatnya.

Ini kerana pada pandangan beliau, belum ada kelab yang mampu menanggung kos gaji tahunan bekas jurulatih Sanfrecce Hiroshima itu.

Selain Harimau Malaya dan saingan liga Korea, Moriyasu dilaporkan berminat untuk mencuba nasib di Eropah.

Antara kelab yang dicanang berpotensi mendapatkan khidmatnya ialah kelab Belgium, Sint-Truiden. Ini disebabkan kelab itu dimiliki entiti internet dan perniagaan elektronik Jepun, DMM.com.