Transfer

Peminat Cadang Cerezo Osaka Dapatkan Arif Aiman

Arif Aiman JDT JST 7 Peminat Cadang Cerezo Osaka Dapatkan Arif Aiman
Johor Southern Tigers
Advertisements

Seorang peminat Cerezo Osaka mencadangkan kelab J1 League itu mendapatkan khidmat pemain sayap Harimau Malaya, Arif Aiman Hanapi.

Saranan itu dibuat seorang peminat dari Indonesia bernama Adityamahyudi56 di ruang komen Instagram Futbolita TV.

Ini susulan Futbolita TV mengajukan persoalan siapa pemain Asia Tenggara yang patut dibawa Cerezo ke saingan liga Jepun.

Cerezo dilihat sentiasa mencari peluang membawa masuk pemain Asia Tenggara mewakili kelab itu dalam saingan J1 League.

Antara pemain yang pernah mewakili Cerezo ialah Dang Van Lam (Vietnam), Jaroensak Wonggorn (Thailand) dan Justin Hubner (Indonesia). Malah, kapten Harimau Malaya, Dion Cools kini membentuk benteng kelab itu sejak beberapa musim.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cerezo, Takayuki Hioki melihat kehadiran pemain Asia Tenggara seperti Cools di liga Jepun menunjukkan pemain rantau itu cukup berbakat.

Malah, ini juga dilihat peluang buat Cerezo untuk meningkatkan kerjasama dengan negara-negara ASEAN.

“Kami macam perwakilan Asia dan kami masih mempercayainya dengan Thailand dan banyak negara dengan Singapura punya pertandingan hebat (Piala Asia dalam beberapa bulan lagi),” katanya.

“Jadi, pada saat ini, kami (Jepun) salah satu negara terbaik untuk bola sepak dan kami memberitahu orang lain bahawa pasaran Asia cukup bagus ke Eropah, pasaran Amerika Syarikat (US) dan mana-mana tempat di dunia.

“Jadi, memiliki ramai pemain Asia di sini dan mempamerkannya ke seluruh dunia merupakan misi kami. Dan bola sepak ialah sukan global dan langkah pertama kami ialah bekerjasama dengan negara-negara Asia, jadi itu satu perkara yang penting.”

Bukan satu rahsia nama Arif Aiman dikaitkan dengan kelab-kelab Jepun dan Korea Selatan. Sebelum ini, beliau dikaitkan dengan perpindahan ke Jeonbuk Hyundai Motors dan Kawasaki Frontale.

Malah, ada penyokong kelab gergasi Scotland, Rangers yang mengesyorkan kelab itu memburu pemain-pemain Asia untuk menambah baik kualiti pasukan. Salah satu nama yang disyorkan ialah Arif Aiman.

Meskipun begitu, pemain sayap berusia 24 tahun itu dilihat terus setia menabur bakti bersama pasukan beliau, Johor Darul Ta’zim (JDT).