‘Ia tak pernah berlaku’ ini persoalan yang dibangkitkan oleh ketua jurulatih Indonesia, John Herdmann susulan kemenangan 6-0 Malaysia ke atas Singapura.
Perlawanan ketiga Kumpulan A, Piala ASEAN FIFA 2026 di Stadium Si Jalak Harupat itu menyaksikan Harimau Malaya merekodkan kemenangan besar, namun terlepas peluang untuk melangkah ke pentas akhir.
Sungguhpun terikat dengan jumlah mata yang sama (7) dengan tuan rumah, Indonesia memiliki kelebihan jaringan selepas mengumpul 11 gol susulan kemenangan besar 9-2 menentang Bangladesh.
Bekas jurulatih Kanada itu bagaimanapun
mengakui bahawa ini merupakan pertandingan yang cukup mengejutkan.
“Kami pernah mencatatkan skor kemenangan besar di Kanada. Kami bahkan melakukannya secara berturut-turut.
“Namun begitu, ini adalah pertandingan yang paling luar biasa pernah saya jalani,” katanya kepada BolaSport selepas tamat perlawanan.
Beliau juga mengakui terkejut dengan kemenangan besar Malaysia, selepas melihat rekod pertemuan dua pasukan sebelum ini.
“Kami juga tidak tahu bagaimana Malaysia boleh mengalahkan Singapura 6-0. Jika kita lihat sejarah pertemuan mereka, Malaysia hanya mencatatkan kemenangan 1-0, 2-1 dan paling besar 4-1,” tambahnya lagi.
Indonesia berjaya melangkah ke pentas final pada Isnin, 5 Oktober jam 9.00 malam (waktu Malaysia) di Gelora Bung Karno, Jakarta sementara Malaysia ke Penentuan Tempat Ketig pada hari dan venue sama jam 5.00 petang (waktu Malaysia).