Jurulatih skuad Malaysia Bawah 16 Tahun (B-16), Shukor Adan melihat sisi positif meskipun anak buahnya gagal layak ke Piala Asia B-17.
Antara aspek yang dilihat memuaskan bagi beliau ialah kawalan permainan yang dipamerkan sepanjang empat perlawanan Kumpulan E.
Selain itu, skuad muda negara juga banyak kali mencipta peluang setiap kali melancarkan serangan.
“Antara perkara positif dalam empat perlawanan ini adalah kita mengawal kesemua empat perlawanan ini. Secara statistiknya, banyak peluang yang kita cipta dalam tiga ke empat aksi ini.
“Malam ini aksi yang amat penting tetapi kita tidak berupaya untuk menterjemahkan kemenangan, tetapi kredit harus diberikan kepada pemain,” katanya dalam sidang media pascaperlawanan.
Perjuangan Malaysia di peringkat kelayakan Piala Asia B-17 menyaksikan pasukan itu menduduki tangga ketiga Kumpulan E.
India muncul juara kumpulan selepas mengikat Malaysia tanpa jaringan dalam aksi terakhir kumpulan pada 20 November lalu.
Keputusan itu sudah cukup untuk membawa India layak ke Piala Asia B-27 2027.


