UltraSukan

Peluang Aaron Chia & Wooi Yik Makin Tipis

Aaron Wooi Yik MSN Malaysia 6 Peluang Aaron Chia & Wooi Yik Makin Tipis
MSN Malaysia
Advertisements

Peluang Aaron Chia dan Soh Wooi Yik untuk layak ke BWF World Tour Finals (WTF) 2026 pada Disember ini dilihat semakin tipis.

Kemungkinan itu timbul susulan masalah kecederaan yang membelenggu beregu lelaki nombor satu Malaysia itu ketika menyertai Japan Masters.

Pengarah Kejurulatihan Beregu Kebangsaan, Rexy Mainaky mendedahkan isu itu yang mendorong Aaron-Wooi Yik menarik diri daripada kejohanan itu.

“Saya tengok itu mereka menarik diri kerana (kecederaan) bahu (Aaron). Mungkin saya belum tahu sebab sebenarnya mereka menarik diri.

“Ini mungkin kerana tapak kaki Soh Wooi Yik yang sakit atau (kecederaan) bahu Aaron. Kalau ini disebabkan kecederaan bahu Aaron, kita kena tahu kenapa,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

Masalah kecederaan ini dijangka menyulitkan lagi misi memburu kelompok lapan beregu terbaik untuk layak ke BWF WTF 2026.

Satu-satunya peluang buat Aaron-Wooi Yik layak ialah tampil cemerlang dalam saingan Hong Kong Open 2026.

Kejohanan itu dilihat peluang terbaik buat beregu negara meraih mata sekali gus mengesahkan kelayakan ke BWF WTF 2026.