UltraSukan

Kemalangan & Hilang Tangan, Hafizuddin Roslin Terima Bantuan Enam Angka

Hafizuddin MSN Malaysia Kemalangan & Hilang Tangan, Hafizuddin Roslin Terima Bantuan Enam Angka
MSN Malaysia

Atlet angkat berat Malaysia, Hafizuddin Roslin menerima bantuan enam angka susulan kemalangan jalan raya yang menimpa beliau baru-baru ini.

Advertisement

Hafizuddin ditimpa kemalangan ketika menunggang motosikal di Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) ketika dalam perjalanan ke Bukit Jalil pada 17 November lalu.

Beliau kemudiannya selesai menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada malam hari yang sama. Walau bagaimanapun, tangan kanannya tidak dapat diselamatkan kerana terpaksa dipotong.

Tindakan memotong tangan atlet itu dibuat atas saranan doktor bertujuan menyelamatkan nyawa Hafizuddin.

Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari melawat Hafizuddin di HKL. Selain bertanya khabar tentang keadaan dirinya, Taufiq turut mendoakan kesembuhan buat beliau.

Wartawan Astro Arena, Fina Nasrom melaporkan Hafizuddin bakal menerima pampasan PERKESO berjumlah RM39,000. Beliau juga bakal menerima Insurans Kelompok Majlis Sukan Negara (MSN) sebanyak RM120,000 dan pampasan bulanan sebanyak RM900.

Nama Hafizuddin mula dikenali selepas meraih pingat emas kategori 88 kilogram (kg) lelaki pada Sukan Komanwel Glasgow 2026 dengan jumlah angkatan keseluruhan 345 kg.

Kejayaan itu turut menyaksikan beliau mencipta rekod kebangsaan baharu acara snatch menerusi angkatan 162 kg dan rekod baharu Sukan Komanwel dalam kategori sama.

Percuma untuk pembacaTnG Money Packet PercumaMenyemak Money Packet...
--baki
Memuatkan...