Transfer

Rodrigo Holgado Bakal Lengkapkan Perpindahan Ke DPMM

Holgado America de Cali 5 Rodrigo Holgado Bakal Lengkapkan Perpindahan Ke DPMM
America de Cali

Penyerang berdarah Argentina, Rodrigo Holgado bakal melengkapkan perpindahan ke DPMM FC.

Advertisement

Ini berdasarkan pengumuman terbaru kelab itu berhubung status bekas penyerang America de Cali berusia 31 tahun itu.

DPMM memaklumkan kelab itu sudah mendapat kelulusan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mendapatkan Holgado.

Bekas penyerang Coquimbo Unido itu juga dijangka tidak perlu menunggu lama untuk beraksi buat kelab berkenaan. Ini disebabkan status Holgado sebagai penyerang tempatan.

“DPMM FC bakal mendapat seorang pemain baharu yang hebat. Rodrigo Holgado telah mendapat kelulusan FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) untuk menyertai DPMM FC secara serta-merta.

“Dan beliau juga tidak perlu menunggu sehingga tetingkap perpindahan Januari kerana Rodrigo dianggap pemain tempatan Malaysia,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Pengumuman ini sekali gus menamatkan desas-desus tentang destinasi Holgado selepas selesai menjalani penggantungan yang diputuskan Mahkamah Timbang Tara Sukan Antarabangsa (CAS).

Sebelum ini, Holgado dilaporkan bakal menyertai kelab gergasi selatan tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT). Walau bagaimanapun, khabar itu pantas dinafikan beliau.

Holgado dijangka merebut slot peledak utama DPMM dengan penyerang Brazil, Dalberto Luan dan penyerang Australia, Jordan Murray.

Percuma untuk pembacaTnG Money Packet PercumaMenyemak Money Packet...
--baki
Memuatkan...