Piala FA · Separuh Akhir
DPMM
8:15 PM
MYT
JDT
23 October 2026
Stadium Nasional Hassanal Bolkiah
Bermula dalam —

Live: DPMM vs JDT – Separuh Akhir Piala FA

Saluran TV & live streaming rasmi

DPMM vs JDT

Pratonton perlawanan

Advertisements

Tonton aksi DPMM vs JDT dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala FA secara langsung dari Stadium Nasional Hassanal Bolkiah, Brunei.

Sebagai juara bertahan, JDT pastinya mahu memastikan langkah mereka ke pentas final terus berada di landasan tepat, namun DPMM bukan lawan yang boleh dipandang mudah berdasarkan prestasi semasa mereka.

Skuad kendalian Jamie McAllister itu membuktikan kemampuan mereka apabila menyingkirkan Kuala Lumpur City FC di peringkat suku akhir dengan kemenangan agregat 4-3.

Lebih menarik, DPMM turut menunjukkan semangat juang tinggi apabila berjaya mempertahankan kelebihan mereka ketika beraksi dengan 10 pemain dalam perlawanan timbal balik menentang KL City.

Mereka juga hadir dengan keyakinan selepas menewaskan Kuching City FC 3-2 dalam aksi Liga Super baru-baru ini, sekali gus memberi amaran bahawa JDT perlu bersedia menghadapi tentangan sengit di laman lawan.

Ketua jurulatih JDT, Xisco Munoz, turut mengakui DPMM memiliki keseimbangan permainan yang mampu menyukarkan usaha Harimau Selatan untuk mendapatkan keputusan positif.

Beliau menjangkakan DPMM akan menggunakan pendekatan bertahan secara tersusun sebelum melancarkan serangan balas pantas bagi menghukum sebarang kelemahan di benteng pertahanan JDT.

Situasi itu menuntut JDT untuk lebih kreatif dalam mencari ruang, terutama ketika berdepan pasukan yang berupaya berkumpul dengan ramai pemain di kawasan pertahanan sendiri.

Bagaimanapun, JDT masih mempunyai kelebihan dari segi pengalaman dan kualiti skuad, selain rekod pertemuan terdahulu yang memihak kepada mereka selepas menewaskan DPMM 3-0 dalam aksi Liga Super pada September lalu.

Munoz turut memberi bayangan akan melakukan sedikit penggiliran pemain berikutan jadual padat yang menanti JDT, termasuk aksi Liga Juara-Juara AFC Elit menentang Port FC pada 27 Oktober ini.

Namun, pengendali dari Sepanyol itu menegaskan pemilihan kesebelasan utama tetap perlu dibuat dengan teliti bagi memastikan JDT mampu membawa pulang keputusan positif dari Brunei.

Bagi DPMM pula, kelebihan beraksi di hadapan penyokong sendiri menjadi peluang untuk mereka mencipta kejutan dan memberikan tekanan kepada juara bertahan sebelum aksi penentuan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim.

Dengan satu lagi perlawanan masih menanti, keputusan di Brunei bakal memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju kedua-dua pasukan untuk merebut tiket ke final Piala FA musim ini.

Berita berkaitan