Transfer

Bojan Hodak Kembali Ke Malaysia Selepas 1,217 Hari

Bojan Hodak 3 Bojan Hodak Kembali Ke Malaysia Selepas 1,217 Hari
Team Malaysia

Bojan Hodak akhirnya kembali menjejakkan kaki ke bumi Malaysia selepas 1,217 hari meninggalkan negara ini, kali ini dengan tanggungjawab baharu apabila dilantik sebagai Ketua Jurulatih pasukan kebangsaan Harimau Malaya.

Advertisement

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) secara rasmi mengumumkan pelantikan pengendali kelahiran Zagreb, Croatia itu pada Selasa, 24 November 2026 bagi mengemudi skuad kebangsaan.

Kali terakhir Bojan berada dalam landskap bola sepak Malaysia adalah ketika beliau meninggalkan Kuala Lumpur City FC pada 26 Julai 2023 sebelum meneruskan karier ke Indonesia bersama Persib Bandung.

Sepanjang tempoh tersebut, Bojan meneruskan perjalanan kejurulatihannya bersama Persib Bandung dan berjaya mencatat kejayaan besar apabila membantu kelab itu meraih tiga kejuaraan liga.

Kepulangan beliau ke Malaysia selepas lebih tiga tahun pastinya membawa satu lembaran baharu dalam kariernya apabila kini diberikan kepercayaan untuk mengendalikan pasukan kebangsaan.

Bojan bukanlah individu asing dalam bola sepak tempatan apabila pernah membimbing beberapa kelab termasuk UPB-MyTeam, Kelantan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kuala Lumpur City FC.

Antara pencapaian paling menonjol beliau adalah ketika membimbing Kelantan meraih tiga kejuaraan utama pada 2012 iaitu Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.

Beliau turut membantu JDT menjulang kejuaraan Liga Super 2014 sebelum mencipta sejarah bersama Kuala Lumpur City FC apabila menjuarai Piala Malaysia 2021 dan muncul naib juara Piala AFC 2022.

Pengalaman Bojan di Malaysia turut merangkumi tugasan bersama skuad Malaysia Bawah 19 Tahun dari 2017 hingga 2019 yang menyaksikan beliau membimbing pasukan itu muncul juara Kejuaraan B-19 AFF 2018 di Surabaya, Indonesia.

Kini, selepas 1,217 hari meninggalkan Malaysia, Bojan Hodak kembali dengan misi baharu bagi membimbing Harimau Malaya dan membawa pasukan kebangsaan menghadapi cabaran di pentas antarabangsa.

Percuma untuk pembacaTnG Money Packet PercumaMenyemak Money Packet...
--baki
Memuatkan...