Advertisement
Bojan Hodak Letak Jawatan Jurulatih KL City
Liga Super
MakanBola
KL City FC

Ketua jurulatih KL City FC, Bojan Hodak secara rasminya tidak lagi bersama pasukan apabila membuat keputusan untuk meletak jawatan.

Keputusan mengejut dibuat oleh pengendali kelahiran Croatia itu apabila memutuskan untuk tidak meneruskan perjuangan bersama The City Boys.

Menerusi satu ciapan Twitter Zulhelmi Zainal Azam, Bojan Hodak menerima satu tawaran dari luar negara.

“Bojan Hodak letak jawatan. Jurulatih dari Croatia itu buat keputusan undur diri pada musim ketiga bersama KL City. Jurulatih yang membawa KL City ke final Piala Malaysia 2021, Piala AFC 2022 dan Piala FA 2023 itu dapat tawaran sebuah kelab luar negara.”

Bekas jurulatih Kelantan FC ini telah bersama pasukan sejak tahun 2021 dan mengecapi banyak kejayaan termasuklah mara ke pentas akhir Piala AFC tahun lalu.

Beliau juga telah membawa KL City menjulang Piala Malaysia pada tahun 2021 menewaskan JDT.

Satu lagi detik manis yang dicatatkan olehnya apabila membantu pasukan untuk mara ke pentas akhir Piala FA baru-baru ini.

Kehilangan Bojan bagaimanapun bakal diisi oleh Nenad Bacina yang bakal mengambil oleh posisinya.

Bojan difahamkan menerima satu tawaran daripada kelab luar negara yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya.