Penyerang Harimau Malaya, Fergus Tierney kembali mencetak nama sebagai penjaring gol di Cyprus.
Penyerang berusia 23 tahun itu membantu kelabnya, PAC Omonia 29M meraih kemenangan besar 6-2 ke atas AEP Polimidion dalam pusingan pertama Cypriot Cup.
Gol tersebut merupakan gol ketiga Tierney bersama kelab itu sejak tiba di Cyprus pada musim panas lalu. Selain tiga gol, beliau juga sudah mencipta satu bantuan gol setakat ini.
Pesta gol PAC Omonia 29M memastikan mereka mara dengan bergaya ke pusingan seterusnya. Video gol tersebut turut dikongsikan Harimau Abroad.
Gol itu dijangka menambah keyakinan Tierney apabila menyertai kem Harimau Malaya pada November ini.
Bekas penyerang Sabah FC itu antara empat pemain yang berpangkalan di luar negara yang dipanggil jurulatih interim, Tan Cheng Hoe untuk kem kali ini.
Selain Tierney, Cheng Hoe turut memanggil Daniel Ting, Richard Chin dan ‘orang besi’ Cerezo Osaka, Dion Cools.


