Eropah

Cristiano Ronaldo Bersara Wakili Portugal

Ronaldo FIFA World Cup Cristiano Ronaldo Bersara Wakili Portugal
FIFA World Cup
Advertisements

Cristiano Ronaldo sah tidak lagi mewakili Portugal selepas mengumumkan persaraan dari arena bola sepak antarabangsa.

Pengumuman itu dibuat menerusi satu hantaran video di Instagram. Ronaldo melihat ini masa terbaik untuk bersara dari arena bola sepak antarabangsa selepas 23 tahun mewakili Portugal.

“Buat orang Portugal, hari ini telah tiba buat saya untuk menyerahkan kembali jersi nombor tujuh skuad kebangsaan kita,” katanya.

“Saya tak pernah rasa itu milik saya. Tetapi selama 23 tahun, saya diberi penghormatan dan tanggungjawab untuk menyarungnya, mempertahankannya dan membawa saya ke stadium di seluruh dunia.

“Hari ini ialah tempoh di mana ia diserahkan semula demi masa depan. Ini bukan satu keputusan mudah kerana keputusan ini tidak dibuat dengan fikiran semata-mata tetapi dengan jiwa. Pengembaraan yang bermula pada Ogos 2023 dan telah mengubah hidup saya selamanya kini berakhir.”

Keputusan ini menyaksikan Ronaldo bakal merekodkan gol ke-1,000 bersama kelabnya, Al-Nassr.

Sepanjang bersama Portugal, legenda Manchester United itu merekodkan 234 penampilan, 146 gol dan 45 bantuan gol.

Ronaldo turut membantu Portugal meraih tiga trofi iaitu trofi EURO 2016 dan Liga Negara-Negara UEFA (UNL) sebanyak dua kali.