Pengendali Indonesia, John Herdman memaklumkan usaha membawa lebih ramai pemain warisan bakal lebih rancak selepas ini.
Sebelum ini, Indonesia mencuri tumpuan dengan menurunkan sepenuhnya kesebelasan utama dalam kempen FIFA ASEAN Cup terdiri daripada pemain warisan.
Meskipun pendekatan itu mencetuskan perdebatan dalam kalangan peminat Tim Garuda, strategi Herdman membantu Indonesia muncul juara edisi sulung kejohanan itu baru-baru ini.
Atas sebab itu, Herdman melihat usaha membawa lebih ramai pemain warisan bakal lebih rancak. Ini kerana pada hematnya, kehadiran mereka bakal menambah kualiti Tim Garuda.
“Kami memiliki Mees Hilgers, Miliano Jonathans, Marselino Ferdinan. Ada pemain lain yang saat ini kami pantau dan ingin kami bawa menjadi sebahagian daripada pasukan ini.
“Saya pikir kami akan menyambut beberapa pemain baru dalam enam bulan ke depan,” katanya seperti dilaporkan Futboll Indonesiaa.
Meskipun begitu, Herdman tidak mendedahkan identiti pemain-pemain yang berpotensi memperkuatkan cabaran Indonesia di peringkat antarabangsa.