Transfer

Rodrigo Holgado Rasmi Tiba Di Brunei

Holgado America de Cali 1 1 Rodrigo Holgado Rasmi Tiba Di Brunei
America de Cali

Bekas penyerang America de Cali, Rodrigo Holgado secara rasmi tiba di Brunei. Ini berdasarkan perkongsian terbaru penyerang berusia 31 tahun itu di Instagram Story.

Advertisement

Holgado hanya memuat naik gambar pusat latihan pasukan itu di Berakas. Ini memperlihatkan bahawa penyerang itu bakal menyertai sesi latihan rasmi DPMM FC.

Berakas Instagram Rodrigo Holgado Rodrigo Holgado Rasmi Tiba Di Brunei

Hal ini turut mengundang persoalan sama ada Holgado bakal diturunkan dalam aksi Liga Super menentang Kelantan Red Warrior FC (Kelantan RW FC) di Stadium Negara Hassanal Bolkiah pada Jumaat.

Jurulatih DPMM, Jamie McAllister dijangka akan menilai tahap kecergasan dan sentuhan bekas penyerang Gimnasia La Plata terlebih dahulu. Penilaian itu akan menentukan sama ada Holgado dapat beraksi atau tidak.

Penyerang Malaysia itu kembali dibenarkan beraksi pada 1 November lalu selepas tamat tempoh penggantungan yang ditetapkan Mahkamah Timbang Tara Sukan Antarabangsa (CAS). Tidak lama selepas itu, Holgado kemudiannya menyertai DPMM.

Bekas penyerang Audax Italiano itu bakal bersaing dengan Dalberto Luan Belo dan Jordan Murray untuk merebut slot peledak utama DPMM. Dalberto kini penjaring terbanyak pasukan itu dalam liga dengan lima gol setakat ini.

Kehadiran Holgado dilihat mencerminkan cita-cita DPMM untuk memburu sekurang-kurangnya kelompok lima pasukan terbaik liga musim ini.

Percuma untuk pembacaTnG Money Packet PercumaMenyemak Money Packet...
--baki
Memuatkan...