3 buah pasukan dari Asia dilaporkan berminat untuk menguji kekuatan Harimau Malaya, November ini.
Skuad kendalian Pau Marti Vicente kini menghuni tangga ke-133 Asia selepas tunduk dengan keputusan 4-0 di tangan New Zealand.
Harimau Malaya bermula cemerlang di bawah kendaliannya apabila muncul juara Pestabola Merdeka 2024 selepas menundukkan Lubnan.
Misi pencarian lawan kedua skuad negara diteruskan selepas pasukan ke-126 dunia, India berminat untuk berdepan skuad kebangsaan dalam satu aksi persahabatan Tier 1 FIFA.
Menerusi laporan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, beliau memaklumkan bahawa sekurang-kurangnya tiga negara dari Asia Tengah berminat untuk bertemu Malaysia.
Antara negara yang sedang mempertimbangkan untuk bertemu Harimau Malaya adalah Afghanistan (151), Maldives (163) dan juga Bangladesh (185).
“Maldives, Bangladesh atau Afghanistan antara satu lagi pasukan Asia Selatan yang difahamkan berada dalam radar FAM untuk aksi persahabatan antarabangsa.
“Perlawanan dijangka diadakan lima hari sebelum bertemu India pada 19 November,” ujar ciapan beliau di laman X.
Malaysia sudah dipastikan berada dalam Balang 2 bagi undian Kelayakan Piala Asia 2027 yang bakal berlangsung Disember ini.