3 pemain pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) telah membawa haluan baru selepas meninggalkan pasukan.
Skuad Harimau Selatan telah melepaskan beberapa pemain susulan langkah penjimatan yang diperkenalkan oleh pasukan bagi musim 2024/25.
Pasukan kendalian Hector Bidoglio bagaimanapun tetap memperagakan aksi cemerlang bagi dua perlawanan pembukaan dengan membenam Negeri Sembilan dan KL City.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perubahan dalam skuad JDT musim ini terutamanya selepas beberapa tonggak utama memilih untuk meninggalkan pasukan.
Antara pemain yang telah membawa haluan baharu ialah perancang tengah berbakat, Takahiro Kunimoto.
Pemain berusia 27 tahun itu kini beraksi bersama kelab divisyen 2 China, Liaoning Tieren setelah menyertai JDT pada pertengahan musim lalu.
Bekas pemain Casa Pia ini berdepan saingan sengit untuk mendapat tempat dalam skuad utama dengan posisi tengah menjadi antara nadi utama pasukan.
Pemain berikutnya ialah jeneral tengah naturalisasi negara, Liridon Krasniqi.
Tonggak berusia 32 tahun itu kini beraksi dalam kancah Ballers League di Jerman namun memberi bayangan mahu pulang ke Kedah.
Beliau akhirnya meninggalkan JDT pada akhir musim namun masih memiliki keinginan untuk kembali beraksi di Malaysia.
Pemain terakhir yang membuat keputusan untuk berhijrah ialah Adam Nor Azlin.
Beliau banyak menghabiskan masa bersama JDT II selain diberi peranan selaku kapten pasukan.
Selepas JDT mengumumkan bahawa tonggak berusia 27 itu meninggalkan pasukan, beliau telah membuat keputusan untuk menyertai Sri Pahang.