Advertising
Takahiro Kunimoto Sertai Kelab Divisyen Dua China
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors
FAM - Malaysia vs Nepal

Bekas pemain tengah pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Takahiro Kunimoto melengkapkan perpindahan ke kelab divisyen dua China.

Pemain kelahiran Jepun itu dibawa masuk pada jendela perpindahan kedua musim lalu namun gagal mencipta impak yang diharapkan.

Ad

Beliau juga hanya beraksi dalam beberapa perlawanan dan sebahagian besarnya sebagai pemain gantian dan menjadi pilihan kedua di belakang pemain import, Juan Muniz.

Ad

Menerusi pengumuman oleh Johor Southern Tigers, Kunimoto antara pemain import yang dilepaskan oleh skuad Harimau Selatan selepas Diogo (bersara), Leandro Velazquez dan juga Oscar Arribas.

Pengumuman daripada kelab divisyen dua China, Liaoning Iron Man memuktamadkan masa depannya apabila bakal memperkuatkan pasukan itu bagi musim 2024/25.

Ad

Beliau difahamkan menyertai kelab tersebut menerusi perpindahan percuma dari JDT.

Ad

Kunimoto beraksi sekitar 207 minit di Liga Super 2023 dengan Liaoning Iron Man menjadi kelab ke-6 dalam kariernya selepas JDT, Casa Pia, Jeonbuk Hyundai, Gyeongnam dan Avispa Fukuoka.

JDT pula sudah membawa masuk perancang tengah Portugal, Chico Geraldes untuk mengisi posisi tersebur bagi musim 2024/25.