JDT Umum Kemasukan Bintang Kelahiran Portugal, Francisco Geraldes
Transfer
Johor Southern Tigers
Advertisements

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) baru sahaja mengumumkan kehadiran pemain import baharu bagi menghadapi saingan 2024/2025. Pemain yang dimaksudkan adalah Francisco Geraldes.

Pemain yang memiliki nama gelaran Chico itu berasal dari Portugal dan hadir ke Stadium Sultan Ibrahim selepas meninggalkan kelabnya di Emiriah Arab Bersatu (UAE) iaitu FC Baniyas pada 6 Januari yang lalu.

Chico diperkenalkan melalui satu video yang telah dimuat naik di laman sosial rasmi JDT dengan menyaksikan beliau bakal menyarung jersi nombor 10 buat JDT.

Advertisements

Bersama FC Baniyas, Chico telah beraksi dalam 14 perlawanan untuk semua pertandingan yang dilalui. Biarpun tidak berjaya menjaringkan sebarang gol, namun beliau berjaya merekodkan tiga bantuan jaringan.

Untuk rekod, Chico telah mewakili skuad kebangsaan Portugal bagi kategori umur bawah 21 dan juga bawah 18 tahun namun masih belum ada penampilan bersama skuad senior Portugal.

Advertisements

Sebelum hadir ke JDT, Chico telah beraksi dengan beberapa kelab besar di eropah seperti Sporting Lisbon, Eintracht Frankfurt dan juga AEK Athens di Greece.

Kehadiran Chico ke JDT dijangka akan menambahkan lagi pilihan buat pengendali JDT, Hector Bidoglio untuk menghadapi musim yang akan datang.

Advertisements

Chico merupakan pemain import kedua yang dibawa masuk oleh JDT bagi musim 2024/2025 selepas pemain antarabangsa Syria, Jalil Elias.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram