JDT Perkenalkan Jalil Elias Secara Rasmi
Transfer
Johor Southern Tigers
Advertisements

Juara bertahan Liga Super sepuluh kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini memperkenalkan pemain import baharu mereka untuk musim hadapan iaitu Jalil Elias.

Satu video telah dimuatnaik di semua platform media sosial rasmi kelab dengan memaparkan Jalil dibawa ke Stadium Sultan Ibrahim menaiki kereta jenis Hummer Limousine.

Sejurus tiba di SSI, Jalil disambut oleh Pengarah Sukan JDT, Martin Prest dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JDT, Alistair Edwards sebelum menandatangani kontrak.

Advertisements

Jalil yang juga merupakan pemain antarabangsa Syria dijangka mengisi kuota import JDT musim hadapan dengan beberapa pemain import musim ini telah dilepaskan seperti Diogo Luis Santo dan Leandro Velazquez.

Beraksi di bahagian tengah, Jalil kini merupakan pemain termahal Liga Super. Sebelum ini, nilai arkitek berbisa ini dianggarkan pada 2.75Juta Euro (RM14.3 Juta) namun kini telah meningkat kepada 3Juta Euro (RM15.3 Juta).

Advertisements

Jalil merupakan bekas tonggak utama buat kelab Argentina, San Lorenzo selain turut pernah memakai lilitan kapten pasukan.

Pemain berketinggian 1.75 meter ini sudah beraksi hampir 50 perlawanan dalam semua kejohanan musim lalu bersama San Lorenzo dan meledak dua jaringan.

Advertisements

Beliau juga difahamkan bakal beraksi buat pasukan kebangsaan Syria dan dijadualkan bertemu Malaysia pada 8 Januari 2024 di Qatar dalam satu perlawanan persahabatan sebelum bermulanya Piala Asia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram