Harimau Malaya

Kelayakan Piala Asia B-17: Malaysia Tewas Kepada Palestin

Palestin Malaysia B17 Kelayakan Piala Asia B-17: Malaysia Tewas Kepada Palestin
Malaysia NT
Advertisements

Malaysia membuka kempen Kelayakan Piala Asia B-17 dengan langkah kiri selepas tewas kepada Palestin pada Ahad.

Permulaan yang tidak diinginkan oleh pasukan muda Malaysia apabila terpaksa akur tumbang 0-2 kepada Palestin di laman sendiri selepas dibolosi dua gol di awal setiap babak permainan.

Kesebelasan utama Malaysia diketuai oleh tonggak pertahanan tengah, Adam Muqri Muhaizam sementara penyerang Palestin, Yazan Khalifah diberikan peranan bagi memakai lilitan kapten pasukan.

Gawang skuad negara dibolosi seawal minit ke-17 apabila sepakan percuma oleh pemain Palestin disempurnakan dengan cantik oleh ketua pasukan, Yazan Khalifah untuk meletakkan wakil Asia Barat itu di depan.

Tujuh minit bersambung babak yang kedua, Palestin bersorak ria apabila Yousef Alexander berjaya menanduk masuk jaringan ke-2 berpunca daripada tendangan sudut dari sebelah kanan pintu gol Malaysia B-16.

Anak didik Shukor Adan terus mengatur gerak dalam usaha bagi mendapatkan jaringan namun permukaan padang yang licin dan basah sedikit mengganggu rentak permainan para muda negara.

Aksi di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur berakhir dengan keputusan 2-0 memihak Palestin.